JAKARTA 17 April – Rakyat Indonesia hari ini mengundi pada pilihan raya umum (Pemilu), bagi memilih presiden untuk negara ketiga terbesar di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi itu. Lebih 192 juta pengundi berdaftar atau tepatnya, 192,828,520 pengundi, layak untuk mengundi bagi memilih presiden Indonesia bagi tempoh 2019-2024. Lebih 780,000 Tempat Pemungutan Suara (TPS) atau pusat pengundian mula dibuka 7 pagi tadi hingga 1 tengah hari nanti, di seluruh Indonesia. Pusat-pusat…










