QSR Brand sasar buka 60 restoran Pizza Hut dalam tiga tahun - Utusan Malaysia

QSR Brand sasar buka 60 restoran Pizza Hut dalam tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 April – QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) merancang membuka 60 cawangan baharu restoran makanan segera Pizza Hut di seluruh negara bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata bagi mencapai sasaran berkenaan, pihaknya merancang membuka 20 restoran Pizza Hut setiap tahun dengan memfokuskan di kawasan kejiranan bersepadu dan restoran pandu lalu.

Mohamed Azahari Mohamed Kamil (tujuh, kanan) bersama pekerja restoran
Mohamed Azahari Mohamed Kamil (tujuh, kanan) bersama pekerja restoran selepas merasmikan pembukaan cawangan Restoran Pizza Hut Ke-400 di pusat membeli belah Central Mall, i-City, Shah Alam hari ini.Turut hadir Executive Director – CEO Restaurants, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merrill Pereyra (enam, kanan).– fotoBERNAMA

Beliau berkata, pembukaan restoran baharu Pizza Hut kelak akan menggunakan sistem perkongsian bagi mengurangkan kos, dengan rakan niaga akan membina restoran dan mengendalikan operasi manakala Pizza Hut membekalkan kelengkapan, latihan dan bahan mentah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu kita juga akan memfokuskan kepada kerjasama dengan perkhidmatan penghantaran makanan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia untuk meluaskan lagi pasaran kami.

“Dengan ini pelanggan tidak lagi perlu menghubungi Pizza Hut untuk menempah makanan malah boleh menggunakan aplikasi perkhidmatan penghantaran yang lain untuk menempah makanan di Pizza Hut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran Pizza Hut ke-400 di Central Icity di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd (Bahagian Restoran), Merrill Pereyra dan Ketua Pegawai Operasi Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok.

QSR Brands ialah operator restoran Pizza Hut dan KFC di Malaysia.

Sementara itu Loi dalam ucapannya berkata, restoran Pizza Hut berkenaan menerapkan elemen antaranya seperti dapur terbuka dan kaunter layan diri bagi memberikan para pengunjung pengalaman yang berbeza daripada restoran pizza yang lain.

“Bagi membolehkan lebih ramai pelanggan kami merasai suasana makan yang segar dan unik, Pizza Hut kini telah mengubah suai kira-kira 50 peratus restoran sedia ada sejak dua tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini