Pub, rumah pelacuran milik warga asing diserbu  - Utusan Malaysia

Pub, rumah pelacuran milik warga asing diserbu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Aktiviti perniagaan haram termasuk rumah pelacuran didalangi warga asing di Taman Meru dekat sini sejak tiga bulan lalu berakhir selepas diserbu pihak berkuasa, semalam. 

Dalam serbuan pukul 2.15 petang, menahan 20 warga asing termasuk tujuh wanita berusia 20 hingga 50an. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, serbuan pertama dilakukan pihaknya di sebuah rumah kedai yang dijadikan sarang pelacuran oleh tiga wanita warga Indonesia. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, rumah pelacuran itu beroperasi pada siang hari bermula pukul 12 tengahari sehingga pukul 8 malam.

“Hasil serbuan di premis itu merampas 35 keping kondom, tisu, buku nota catitan perniagaan dan wang tunai berjumlah RM384 bersama serangkai kunci. 

“Siasatan mendapati, rumah pelacuran itu menyasarkan warga asing yang berada di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Nurulhuda menambah, serbuan kedua yang dilakukan di dua buah pub berdekatan rumah pelacuran itu mendapati premis itu menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) susulan penahanan empat wanita masing-masing dua warga Indonesia dan Nepal.

Ujar beliau, turut ditahan adalah 13 lelaki warga asing dengan 10 daripadanya merupakan pelanggan warga Nepal di kedua-dua premis tersebut.

“Kita turut merampas beberapa keping kertas rekod perniagaan dan wang tunai berjumlah RM790.

“Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga premis itu diusahakan oleh warga asing,” katanya. 

Jelas Nurulhuda, kesemua tangkapan kini ditempatkan di Lokap Berpusat Shah Alam. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta  Imigresen 1959/63 serta peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini