Projek Bandar Malaysia diteruskan - Utusan Malaysia

Projek Bandar Malaysia diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Kerajaan hari ini memutuskan untuk memulihkan semula projek Bandar Malaysia yang dihentikan sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad berkata, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah meningkatkan pembangunan dan pelaburan di negara ini.

“Pembangunan Bandar Malaysia mempunyai kesan yang baik kepada ekonomi dan ia akan menjadi hab global untuk terus menarik pelaburan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, projek ini dijangka menjana impak besar kepada pertumbuhan pembangunan dengan kemampuan menarik pelaburan asing dan menjana nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini