Program Jom Candat Sotong Kelantan 2019 tarik 400 peserta - Utusan Malaysia

Program Jom Candat Sotong Kelantan 2019 tarik 400 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 26 April – Seramai 400 peserta menyertai program Jom Candat Sotong Kelantan 2019 anjuran Jabatan Perikanan negeri Kelantan yang bermula hari ini hingga esok.

Pengarah Perikanan negeri, Nazri Ishak berkata, sebanyak 34 buah ‘vessel’ digunakan dalam program ini yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri.

“Objektif program mengumpulkan peserta yang berminat dengan aktiviti sukan air khususnya memancing dan mencandat sotong di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program terbuka kepada semua masyarakat setempat serta turut membabitkan penyertaan daripada kakitangan kerajaan,” katanya selepas perasmian program berkenaan di Jeti Pejabat Perikanan Daerah Perlindungan Sumber, Tawang di sini hari ini.

Program itu telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Sementara itu, Nazri berkata, beliau berharap penganjuran program itu juga dapat menjadi promosi menarik peminat dari luar yang aktif memancing untuk datang ke negeri ini.

“Saya percaya usaha kami ini secara tidak langsung menarik masyarakat dari luar untuk datang ke negeri ini sekali gus merancakkan aktiviti sukan rekreasi air negeri dan negara secara amnya

“Saya berharap semua peserta dapat memanfaatkan program ini dan menjadikan ia ruang untuk kita terus cintakan alam semulajadi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini