PRK Sandakan: Calon DAP harap pengundi wakil rakyat boleh berkhidmat - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Calon DAP harap pengundi wakil rakyat boleh berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berharap pengundi di Sandakan memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan semata-mata untuk membangkang kerajaan baharu.

Katanya, masih banyak perancangan untuk Sandakan yang belum direalisasikan khususnya oleh bapanya iaitu penyandang kerusi Parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Ten Fatt.

“Saya membantah dakwaan pembangkang bahawa DAP tidak boleh diharapkan dalam melindungi hak negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami (DAP) merayu kepada rakyat untuk memilih seorang yang dapat mengurus dan menunaikan janji bapa saya,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Anti Plastik di Pulau Berhala di sini hari ini.

Wong diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan semalam yang mendesak pengundi di Sandakan supaya menuntut semula kerusi Parlimen itu, yang dikatakan milik parti tempatan, pada 11 Mei ini.

Ahli Parlimen Keningau itu, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan berkata, selama hampir setahun memerintah, kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan bahawa parti, yang berpangkalan di Semenanjung termasuk DAP, tidak boleh dipercayai untuk menjaga hak-hak negeri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini