REMBAU – Calon Bebas, R. Malar kesal kerana kain rentang kempen beliau sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dicuri pihak tidak bertanggungjawab. Suri rumah berusia 51 tahun itu berkata, beliau hanya memasang 10 kain rentang di sekitar Rantau bermula semalam dan satu daripadanya didapati telah hilang pagi tadi. “Kain rentang itu saya pasang di hadapan sebuah surau petang semalam. Saya telah dapat keizinan daripada…










