PRK Rantau: Mohd. Nor teruskan agenda perjuangan Nik Abdul Aziz - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Mohd. Nor teruskan agenda perjuangan Nik Abdul Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Calon Bebas, Mohd. Nor Yassin menggunakan slogan ‘Meneruskan Agenda Perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz’ untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Bekas ahli Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu mendedahkan slogan berkenaan dalam poster kempen beliau yang disebarkan kepada petugas media melalui satu pesanan Whatsapp.

“Saya sedang mengemas kini maklumat untuk sahabat-sahabat wartawan,” katanya dalam pesanan Whatsapp tersebut semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Nor turut menghantar satu profail berkenaan maklumat peribadi, pendidikan, kerjaya dan penglibat politiknya kepada petugas media.

Profail itu antara lain tertulis beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri Sembilan pada tahun 2014 dan AJK Pas Kawasan Tampin tahun 2015.

Tindakan Mohd. Nor, 67, menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau sebagai calon Bebas menimbulkan kontroversi kerana beliau mengaku dirinya masih ahli Pas dah berharap ahli Pas di Rantau mengundinya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan Mohd. Nor bukan lagi ahli parti itu selepas menyertai Amanah.

Pengerusi Amanah negeri, Datuk Zulkifly Mohamad Omar pula berkata, keahlian Mohd. Nor telah dilucut serta merta Sabtu lalu dan mana-mana pemimpin atau ahli Amanah yang membantunya akan berhadapan tindakan sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini