PRK Rantau: Dua pusat pengundian awal ditutup - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Dua pusat pengundian awal ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau iaitu Pangkalan Udara (PU) Sendayan dan Balai Polis Rantau di sini, ditutup tepat pada pukul 12 tengah hari ini.

Seramai 110 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis layak mengundi hari ini. 

Proses pengundian awal yang berlangsung selama empat jam bermula 8 pagi tadi turut disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain kalangan pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memuatkan artikel berkaitan…

Peti-peti undi bagi pengundian awal itu akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari mengundi Sabtu ini di pusat penjumlahan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.

Turut meninjau perjalanan proses pengundian awal ialah Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon Bebas suri rumah, R. Malarvizhi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini