SEREMBAN – Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ditutup tepat pukul 5.30 petang ini sejak ia dibuka pada 8 pagi tadi. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi setakat pukul 4 petang ialah 74 peratus. Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 53 saluran akan dibawa pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri…










