PRK DUN Rantau:Lebih 1,000 anggota polis ditempatkan pada hari mengundi - Utusan Malaysia

PRK DUN Rantau:Lebih 1,000 anggota polis ditempatkan pada hari mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 April – Polis menempatkan lebih 1,000 anggota bagi memastikan perjalanan hari mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau esok berjalan lancar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak berkata kesemua anggota yang ditugaskan sepanjang hari mengundi esok bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita sejak hari penamaan calon telah mengerah anggota melakukan kawalan sepanjang PRK DUN Rantau, dengan kekuatan anggota yang ada sehingga kini saya yakin dan percaya kita sudah cukup bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menasihatkan penyokong parti terlibat supaya tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan.

“Pihak polis meminta supaya para penyokong tidak mengadakan perarakan dimana-mana lalu lintas esok, sekiranya mereka ini (penyokong) melakukan sebarang kekecohan pihak polis tidak teragak-agak mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada mereka,” katanya.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Seramai 20,793 orang daripada 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi esok dan daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang telah mengundi secara pos.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram, calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

PRK tersebut diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini