TUMPAT 16 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas minyak petrol dan diesel bernilai RM7,406.40 dalam serbuan di sebuah garaj kereta Kampung Bekalang Klinik Desa Geting, di sini malam tadi. Serbuan pukul 7.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota yang diketuai oleh Inspektor Reduan Mohidin hasil maklumat risikan. Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Asisten Superitenden Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, serbuan itu membawa kepada penemuan…










