KUALA LUMPUR 30 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan pusat sehenti bagi memudahkan kemasukan urusan pelabur asing ke Malaysia. Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana PPIM telah menerima banyak aduan daripada Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia. Beliau malah memberitahu, kerajaan perlu memandang serius mengenai perkara ini dan memberi tumpuan kepada para pelabur seluruh dunia. “Kami ingin meminta kerajaan memandang serius aduan pelabur…










