SANDAKAN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tetak di sebuah rumah di Kampung Tinusa 2, Batu 7 di sini semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, suspek berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira 9.40 malam tadi di rumahnya di kampung berkenaan. “Insiden ini (tetak) disyaki berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berumur 18 tahun, datang ke rumah kawannya di kampung itu dan tiba-tiba mangsa…










