KUALA LUMPUR 10 April – Polis menahan 34 individu termasuk 18 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Cheras Perdana, dekat Balakong malam tadi. Difahamkan, pusat hiburan tersebut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya dengan kadar RM400 satu malam manakala RM60 hingga RM100 bagi tempoh satu jam untuk berhibur di premis berkenaan. Pemangku Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen…










