BERLIN 19 April- Poland digesa mengikut langkah Greece mendesak Jerman membayar ganti rugi akibat kemusnahan ketika penaklukan Nazi ke atas negara itu semasa perang dunia kedua.
Ketua Jawatankuasa Pembangunan Semula Parlimen Poland, Arkadiusz Mularczyk berkata, pendirian Greece itu menunjukkan tuntutan pampasan bagi kemusnahan yang berlaku sekitar tempoh tersebut adalah isu antarabangsa.
“Sudah tiba masanya keputusan dibuat dari pihak akar umbi parlimen,” katanya.- AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











