LONDON 23 April – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino akui dia tidak mahu serabut memikirkan aksi menentang Ajax pada minggu depan sebaliknya ingin kekal tenang mengatur strategi bagi aksi terdekat bertemu Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok. Spurs dijadual menentang Ajax dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara pada 1 Mei ini dan perlawanan tersebut bakal menjadi tumpuan terutama selepas kelab Belanda itu berjaya menyingkirkan Juventus dan Real…










