Piala Dunia FIT Touch buka tirai hari ini - Utusan Malaysia

Piala Dunia FIT Touch buka tirai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Sebanyak 117 pasukan dengan 2,500 pemain telah memulakan cabaran dalam kejohanan Piala Dunia FIT Touch 2019 yang membuka tirai pertandingannya di Taman Ekuestrian, Putrajaya, hari ini.

Kejohanan enam hari edisi kesembilan itu julung kali diadakan di Asia Tenggara itu akan menyaksikan juara bertahan, Australia membuat perhitungan bersama 26 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah.

Presiden Federation of International Touch (FIT), Erick Acker, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya teruja dengan persediaan penganjuran kali ini yang disifatkan terbaik berbanding edisi terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Malaysia dan Australia, turut mengambil bahagian ialah Belgium, Chile, China, Taiwan, Cook Island, England, Fiji, Perancis, Jerman, Hong Kong, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Scotland, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat, Wales dan Afrika Selatan.

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita, Terbuka Campuran, Wanita 27 Tahun, Lelaki 30 Tahun, Lelaki dan Wanita 35 Tahun, Campuran 30 Tahun, Lelaki dan Wanita 35 Tahun, Lelaki 40 Tahun, Lelaki 45 Tahun dan Lelaki 50 Tahun.

Malaysia menampilkan tiga pasukan iaitu pasukan lelaki 40 Tahun, campuran dan pasukan terbuka wanita. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini