Pesta Hanami disambut meriah pelajar Malaysia di Jepun - Utusan Malaysia

Pesta Hanami disambut meriah pelajar Malaysia di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 8 April – Pada setiap tahun, musim bunga sakura adalah saat yang ditunggu oleh masyarakat tempatan dan pelancong yang datang ke Jepun, tidak ketinggalan juga bagi pelajar Malaysia yang belajar di Jepun.

Keindahan bunga sakura dapat dilihat di seluruh Jepun bermula pada akhir bulan Mac hingga awal bulan April selama seminggu dan ia bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Saya dan mahasiswa Malaysia yang belajar di University of Tsukuba tidak melepaskan peluang menikmati keindahan sakura sebagai aktiviti tahunan yang di namakan “Pesta Hanami” yang diadakan di Sorimachinomori, Tsukuba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain dapat berkenalan antara mahasiswa, aktiviti ini juga mampu mengeratkan hubungan silatulrahim antara kami diperantauan.

“Hanami” merupakan tradisi masyarakat tempatan sejak dahulu dengan berkelah di bawah pokok sakura atau pokok Ume. Tradisi ini telah bermula sejak Zaman Nara (710-794) apabila bunga Ume mula mendapat tarikan namun berakhir apabila bunga sakura lebih menarik perhatian masyarakat pada Zaman Heian (794-1185).

Di bawah keindahan pokok sakura masyarakat tempatan akan menikmati juadah makan tengahari bersama-sama keluarga dan rakan taulan.

Bunga sakura yang ada di Jepun terdiri dari pelbagai jenis dan yang paling popular adalah Somei Yoshino. Bunga sakura jenis ini kelopaknya berwarna putih dan putik nya berwarna merah jambu.

Bunga ini mekar dalam tempoh seminggu dan akan luruh sebelum daun nya tumbuh. Terdapat pelbagai jenis sakura seperti Yamazakura, Yaezakura, Shidarezakura dan lain-lain lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini