BANGKOK 18 April- Sebuah pesawat Thai Airways International mengalami kerosakan selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan membawa makanan di lapangan terbang Charles de Gaulle, semalam.
Pihak syarikat penerbangan dalam kenyataan memberitahu kerosakan kecil berlaku pada bahagian sayap pesawat yang pada ketika itu dijadualkan untuk berlepas ke lapangan terbang Suvarnabumi sekitar pukul 1.40 petang waktu tempatan.
Penerbangan tersebut bagaimanapun dibatalkan sejurus kejadian itu berlaku.
Memuatkan artikel berkaitan…
Seramai 400 penumpang dan anak kapal terjejas ekoran insiden berkenaan.-AGENSI











