Pesara dialu-alu sumbang idea penambahbaikan - Utusan Malaysia

Pesara dialu-alu sumbang idea penambahbaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 April – Golongan pesara dialu-alukan menyumbang idea atau cadangan positif dan membina untuk dimanfaatkan sebaiknya oleh sektor perkhidmatan awam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, setelah bersara, golongan itu boleh menilai sendiri tahap perkhidmatan yang disediakan.

“Mungkin dahulu atas faktor kesibukan menangani tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kita tidak mempunyai masa yang panjang untuk berfikir secara kreatif tentang perkara-perkara yang boleh ditambahbaik. Kini, semua boleh menilai sendiri tahap perkhidmatan yang disediakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemukakanlah cadangan penambahbaikan yang berkaitan, di mana semua berada, baik di agensi swasta atau korporat, di kampung halaman mahupun di luar negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Jasamu Dikenang @KPLB di sini malam ini.

Sebanyak 14 pesara dari kalangan warga kementerian serta agensi di bawahnya diraikan dalam majlis berkenaan.

Rina menambah, beliau percaya semua pesara mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada setiap rakyat dan pelanggan secara cekap dan berkesan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini