KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan dipersoal mengapa masih memohon tambahan perbelanjaan sehingga RM19 bilion, sedangkan banyak projek dihentikan demi menjimatkan perbelanjaan. NOH OMAR Ketika menjawab persoalan semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018 (2019), Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagaimanapun menjelaskan beberapa keperluan penting termasuk tanggungan luar belanjawan (off-balance sheet) yang ditinggalkan kerajaan sebelum ini. Selain itu, pembangkang mendakwa bukan sahaja rakyat telah dianiaya, malah mereka sendiri…