JAKARTA 21 April – Pengerusi Perhimpunan Tinjauan Pendapat Awam Indonesia (Persepsi), Philips Vermonte mencabar calon Presiden (capres) nombor dua, Prabowo Subianto untuk membentangkan data dalamannya.
Beliau berkata demikian selepas Prabowo mendakwa unggul mendahului capres nombor dua, Joko Widodo (Jokowi) dengan 62 peratus pada pilihan raya Presiden (Pilpres).
“Jika kamu mahu, kami akan bentangkan datanya. Tetapi jika kamu meminta kami membentangkan data, adakah mereka mahu membentangkannya juga?” kata Vermonte di kawasan Kebon Sirih, Jakarta Pusat semalam. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











