JOHOR BAHRU 26 April -Kerajaan Persekutuan dan pihak Istana Johor perlu menghentikan perbalahan kuasa demi kepentingan rakyat dan kebaikan negeri ini. Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Labis, Ir. Mohd. Izhar Ahmad berkata, perkembangan itu amat membimbangkan dan banyak perancangan serta perjuangan tidak dapat diteruskan apabila situasi itu berterusan. “Kerajaan negeri ibarat anak, kerajaan Persekutuan ibarat ibu dan pihak istana ibarat bapa, apabila ‘ibu’ dan ‘bapa’ bergaduh, kita sebagai…










