TIRANA 10 April – Seorang perompak ditembak mati berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Mother Teresa Rinasi, Albania di sini tengah hari semalam ketika cuba melarikan diri selepas mencuri 10 juta Euro (RM46.2 juta) daripada seorang penumpang sebuah pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas. Mail Online yang memetik Albania Daily dalam laporannya berkata, menurut jurucakap polis lelaki itu ditembak mati kira-kira 800 meter dari kawasan lapangan terbang berhampiran bandar Tirana di sini.…










