Permohonan PCM sertai BN belum diperakukan - Utusan Malaysia

Permohonan PCM sertai BN belum diperakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Permohonan Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) belum dapat diperakukan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, walau bagaimanapun PCM diterima menjadi Ahli Bergabung BN.

Kata beliau, hasrat yang dibawa oleh Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan menerusi surat permohonan pada 1 Mac lalu amat dihargai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permohonan itu telah diangkat ke Mesyuarat Dewan tertinggi BN pada Isnin lalu untuk pertimbangan.

“Setelah perbincangan dibuat, Dewan Tertinggi BN memutuskan permohonan PCM belum lagi dapat diperakukan buat masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PCM telah ditubuhkan pada 2009 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai parti yang terdiri daripada pelbagai kaum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini