Permohonan Najib isytihar pertuduhan cacat ditolak - Utusan Malaysia

Permohonan Najib isytihar pertuduhan cacat ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Perbicaraan hari ke-10 kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. diteruskan hari ini.

Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan tersebut adalah cacat.

Sehubungan itu, perbicaraan diteruskan dengan memanggil dan menyambung mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-21, Pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam permohonan notis usul yang difailkan pada 3 April lalu, Ahli Parlimen Pekan itu memohon supaya tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu, digantung atau dibatalkan.

Beliau mengemukakan alasan bahawa pertuduhan berkenaan adalah cacat selain ia adalah satu proses penyalahgunaan mahkamah. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×