Permintaan tebu melebihi bekalan menjelang Ramadan - Utusan Malaysia

Permintaan tebu melebihi bekalan menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Pengusaha tanaman tebu kini menghadapi masalah bagi  memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tanaman kontan itu menjelang bulan Ramadan pada Mei depan. 

Pengusaha ladang tebu di Kampung Naga Lilit di sini, Yusuf Mohd Nayan, 39, berkata, beliau sudah mula menerima tempahan daripada pelanggan seawal 40 hingga 50 hari sebelum tibanya Ramadan dan mengakui ada tempahan terpaksa ditolak kerana tanamannya yang terhad.

“Tempahan awal ini penting, kalau lambat pasti gigit jari, stok tebu sangat terhad ketika bulan puasa kerana permintaan sangat tinggi di kalangan peniaga air tebu kerana air tebu merupakan minuman  popular untuk berbuka,” katanya ketika ditemui Bernama di ladangnya di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yusuf yang mengusahakan 0.8 hektar tanaman tebu sejak lebih tiga tahun lalu berkata peniaga air tebu biasanya akan membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak bagi memastikan bekalan mereka mencukupi sepanjang bulan puasa.

“Sekali orang tempah dalam 500 kilogram, ada yang tempah sehingga dua tan bagi memastikan bekalan mereka mencukupi,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini