KUALA LUMPUR 30 April-Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sekali lagi mendesak agar penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disegerakan dalam menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim. Ketua Wira Perkasa Malaysia, Burhanuddin Ruslan berkata, ini kerana terdapat banyak perkara mencurigakan dalam prosiding inkues kes kematiannya termasuk ugutan terhadap dua pakar forensik sebelum ini. Selain itu katanya, proses prosiding tersebut juga mempunyai unsur campur tangan pihak luar yang boleh…










