KUALA LUMPUR 3 April – Timbalan Perdana Menteri menyifatkan percanggahan pendapat antara Fuziah Salleh dan Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berhubung pelaburan Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang sebagai perdebatan yang sihat. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Kuantan itu sebenarnya usaha mereka mencari kaedah terbaik untuk manfaat negara. “Ini (percanggahan) dikira perdebatan sihat kerana mereka berdua sama-sama…










