IPOH 17 April – Kerajaan negeri komited untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun berdepan kekangan kewangan, kerajaan negeri tetap memberi keutamaan kepada usaha-usaha membantu golongan yang memerlukan pembelaan. Menurutnya, penekanan diberikan untuk memastikan segala usaha itu memberi impak kepada golongan sasar tanpa mengira batasan kaum dan agama. “Antara program tersebut ialah Kad Perak Prihatin dengan memperuntukan…










