REMBAU 9 April – Agenda penyatuan ummah antara UMNO dan Pas bukan sahaja dapat memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu, malah menjamin kesejahteraan bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, jika orang Melayu sebagai penduduk terbesar di negara ini dapat bersatu, secara langsung negara akan aman dan keadaan politik juga stabil. “Bila keadaan politik stabil, banyak pihak…










