SABAK BERNAM – Kelicikan seorang penyamun melakukan dua jenayah pecah rumah sejak sebulan lalu tumpas selepas dicekup di pekarangan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Tebuk Pulai, di sini, baru-baru ini. Suspek berusia 28 tahun yang juga penagih dadah itu diberkas pukul 4 petang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek dikehendaki selepas terlibat dalam dua kes di Kampung Simpang Lima dan Kampung Sungai…










