Penyakit kulit ‘serang’ Syria - Utusan Malaysia

Penyakit kulit ‘serang’ Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK 26 April – Di sebalik konflik yang tidak berkesudahan, Syria terpaksa berdepan de­ngan satu lagi ‘masalah’ apabila kebanyakan penduduk dijangkiti penyakit kulit.

Lapor Arab News, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, beratus-ratus penduduk di wilayah Raqqa utara menderita akibat leishmaniasis iaitu parasit mikroskopik yang tersebar melalui lalat pasir.

Jumlah kes leishmaniasis di Syria dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding 2010 kepada lebih 80,000 kes tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut WHO, penyakit itu dikaitkan dengan faktor kemiskinan, sanitasi yang kurang baik dan kekurangan zat makanan.

Meskipun leishmaniasis tidak membawa maut tetapi jangkitan itu mencacatkan kulit de­ngan kesan luka.

Pengurus Pusat Kesihatan Karama, Younes Al-Naeemi berkata, kedudukan rumah yang berhampiran dengan parit, tanah pertanian dan sampah menyebabkan lalat pasir me­rebak dengan cepat dan menye­rang penduduk di situ.

Younes memberitahu, pusat kesihatannya menerima lebih 4,000 kes leishmaniasis sejak April tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, ku­rang kesedaran dalam kalangan penduduk menyebabkan pe­nyakit tersebut terus merebak.

“Ada di antara mereka yang datang selepas dijangkiti pe­nyakit itu, sementara ada juga yang datang hanya selepas pe­nyakit menjadi kronik dan kita sukar untuk menyembuhkannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, dalam satu laporan yang dikeluarkan, lebih 1,600 orang awam terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) di bandar Raqqa, dalam tempoh empat bulan pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini