KUALA LUMPUR 24 April – Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bentong arah Barat yang ditutup pada Mac hingga April ini akan dilanjutkan sehingga Mei depan bagi kerja-kerja naik taraf yang masih dijalankan. Lebuhraya Pantai Timur dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja penambahbaikan masih dijalankan di kawasan hentian berkenaan sehingga diberitahu apabila siap sepenuhnya nanti. “Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan Hentian R&R Genting Sempah sebagai alternatif,” katanya. – UTUSAN ONLINE










