Penuntut Politeknik ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Penuntut Politeknik ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 April.- Seorang penuntut politeknik ditemukan lemas ketika berkhemah di Sungai Wariu di Kampung Nahaba, Kota Belud, Sabah semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Asrul Hanna, 18, disedari hilang oleh rakannya ketika mandi di sungai berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, penuntut terbabit dikatakan berkhemah di sungai tersebut bersama 20 orang rakannya yang terdiri 16 lelaki dan empat perempuan dari universiti sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Mohd. Zaidi Abdullah ketika dihubungi Harian Metro berkata, perkhemahan itu telah dirancang kumpulan penuntut terbabit dan mendapat kebenaran daripada penasihat akademik pusat pengajian berkenaan.

Ujarnya, Asrul dikatakan telah mandi bersama 16 rakannya selama 45 minit, sebelum naik ke darat dan seorang rakannya menyedari mangsa hilang.

“Berikutan itu, dua rakannya bertindak turun semula ke sungai dan menyelam untuk mencari mangsa sebelum menemukannya lemas di dasar sungai itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaidi, mangsa yang berasal dari Kampung Bombalai, Tawau, Sabah itu kemudiannya telah dirujuk ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini