KUALA LUMPUR – Kira-kira 2,500 orang penuntut di Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU) Bukit Jalil, di sini, diarah mengosongkan bangunan berkenaan selepas menerima satu ancaman bom, hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan tentang ancaman tersebut kira-kira pukul 1.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. “Tindakan mengosongkan bangunan telah dibuat dan pemeriksaan seluruh kawasan sepertimana maklumat yang diberikan telah…










