GOMBAK – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah trak pikap yang berhenti di lorong kecemasan dalam satu kejadian di Kilometer 28 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 petang sewaktu sebuah trak pikap jenis Ford Ranger sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Selangor dari arah Rawang. “Setibanya di lokasi kejadian, trak…