Penunggang motosikal maut kemalangan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal terkorban selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pikap di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini malam tadi.

Mangsa, Syafiq Aiman Mohd. Noor, 18, yang beralamat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru B, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku pukul 8 malam ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika sampai di lokasi, sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki datang dari arah bertentangan tiba-tiba membelok memasuki simpang kanan.

“Mangsa yang gagal menekan brek motosikalnya kerana terlalu hampir dengan kenderaan berkenaan lalu merempuhnya.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan pacuan empat roda Shukri Deraman, 59, berasal dari Kampung Pauh, Pasir Mas, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan akan dituntut keluarga untuk dikebumikan pagi ini.

“Hasil siasatan dijalankan mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini