LONDON 27 April – Seorang penumpang pesawat Easyjet mencetuskan panik apabila cuba membuka pintu pesawat pada ketinggian 30,000 kaki. Mirror melaporkan, tindakan lelaki berusia sekitar 30-an itu menyebabkan penumpang lain cemas ketika pesawat Airbus A319 tersebut dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick ke Pisa, barat Itali. Menurut saksi, lelaki tersebut bagaimanapun berjaya ditahan oleh beberapa penumpang lain sebelum sempat membuka pintu pesawat. Jurucakap polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pisa memberitahu,…










