LONDON 30 April – Liverpool sudah terbiasa melihat ‘aset’ terbaiknya mendapat perhatian gergasi Sepanyol sejak sedekad lalu tetapi penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona membina asas bagi pembangunan semula kelab tersebut. Coutinho bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik di Nou Camp setaraf dengan harganya bernilai 142 juta pound (RM759.76 juta) dan dia akan berdepan bekas kelabnya itu, awal pagi Khamis ini bagi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di laman sendiri. Liverpool…










