KOTA BHARU 1 April – Seorang bekas pekerja kilang dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata parang tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Izulhelmie Ismail, 22, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa. Tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 23 Ogos 2018. Mengikut pertuduhan, Izulhelmie didakwa bersama seorang rakannya yang sudah meninggal dunia melakukan rompakan bersenjatakan parang terhadap Syed Abdullah Syed Ali Alsagoff, 48, dengan mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya