KLANG – Patuhi arahan atau berdepan disenarai hitamkan merupakan peringatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada peniaga bazar ramadan di daerah ini. Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, ini berikutan sebanyak 26 permohonan telah ditolak pihaknya susulan gagal mematuhi peraturan disediakan dan melakukan kesalahan ketika berniaga di bazar Ramadan Jalan Taiping, tahun lalu. Katanya, ini termasuk berniaga tanpa lesen, memberi sewa kepada warga asing, vandalisme, isu kebersihan dan tidak menitikberatkan…










