MELAKA 8 April – Kerajaan negeri berhasrat memberikan pengiktirafan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini yang mempunyai inovasi baharu dalam memajukan kampung masing-masing. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, inisiatif ke arah kebaikan yang diambil MPKK itu akan dinilai di peringkat kerajaan negeri bagi melayakkan mereka menerima pengiktirafan dalam bentuk sokongan teknikal dan kewangan. Menurutnya, pengiktirafan berkenaan bertujuan membantu MPKK untuk lebih berdaya saing serta berusaha memajukan kampung…










