SABAK BERNAM – Polis berjaya memberkas seorang pengedar dadah warga Myanmar di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan 4 Bagan, Sungai Besar di sini kelmarin. Penahanan suspek berusia 48 tahun itu juga membawa rampasan heroin seberat 20.72 gram bernilai kira-kira RM700 . Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal suspek merupakan pengedar dadah kecil-kecilan yang bergerak aktif sendirian sejak empat bulan lalu. Katanya, dadah…










