Pengawal keselamatan ditahan rogol pelajar tingkatan satu - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan ditahan rogol pelajar tingkatan satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 9 April – Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau di sini ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu.

Suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pukul 2.40 petang tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, perbuatan pengawal keselamatan itu terbongkar selepas ibu mangsa mendapat maklumat anaknya menjalin hubungan dengan suspek termasuk pernah dilihat bercium.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ibu mangsa berkali-kali bertanyakan anaknya berkenaan hubungannya dengan suspek namun anaknya tidak mengaku.

“Disebabkan bimbang dengan keselamatan anaknya dan berasa curiga, ibu mangsa yang berusia 49 tahun membuat laporan polis kerana anaknya masih di bawah umur.

“Suspek ketika siasatan awal pula mengaku melakukan hubungan seks sekali dengan mangsa iaitu pada awal bulan lalu namun mula berkenalan dengan mangsa Februari lalu,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Menurut Anbalagan, kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan pada mangsa dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini