IPOH 17 April – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya bayi perempuan berusia enam bulan yang diasuhnya pada Mac tahun lalu. Nur Amirah Dayana Md. Darus, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan, wanita itu yang merupakan pengasuh bayi perempuan berusia enam bulan empat hari itu didakwa menganiaya bayi tersebut di Pusat Snuker…










