MELAKA 26 April – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimbah cat di pintu sebuah masjid di daerah ini, minggu lalu. Azrin Ali, 39, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna ungu di pintu Masjid Tengkera, Jalan Tengkera di sini kira-kira pukul 5.50 pagi pada 19 April lalu. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya