MELAKA – Padah membakar kereta isteri, seorang penganggur berdepan dengan hukuman penjara dua tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Noriswan Abdol Majit, 26, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja melakukan khianat membakar kereta Proton Satria kepunyaan isterinya menyebabkan wanita berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM3,000. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa…










