PASIR PUTEH – Imam Tua Masjid Mukim Pulau Lima, di sini diraikan kariah masjid itu hari ini selepas bersara dari tugasan pada 4 April lepas. Ab. Ghafar Awang, 84, lebih dikenali sebagai Pak Muda Ghofar bertugas sebagai Imam Tua masjid berkenaan selama 54 tahun sejak 1965 lagi. Menurut wakil penduduk, Yusmadi Hanafi, 40, Ab. Ghafar adalah imam paling lama yang disegani anak mukim selain mempunyai ramai murid yang belajar mengaji…










